Semua urusan penghantaran gambar dan sijil 2026 telah selesai.
Anda juga boleh melawat portal peribadi anda untuk melihat gambar resolusi penuh, sijil perlaksanaan dan resit untuk setiap penyertaan. Anda juga boleh melihat gambar sembelihan mengikut tahun di link di bawah.
Notis Kandungan:
Halaman ini mengandungi gambar-gambar ibadah qurban yang melibatkan proses penyembelihan haiwan. Sesetengah pengunjung mungkin mendapati imej-imej ini bersifat grafik atau mengganggu. Sila teruskan dengan budi bicara anda.
Madrasah Darul Al-Quran, Cambodia
📌 RINGKASAN SUMBANGAN
Derma wakaf yang berjaya dikumpulkan pada tahun ini adalah RM 5,393.11.Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas penyertaan dan sumbangan anda.
Kutipan derma ini dibahagikan mengikut 2 kategori :
📝 1- MADRASAH DARUL AL-QURAN, RATHANAKIRI - CAMBODIA
Tujuan : Menyediakan pusat pengajian ilmu agama dan akademi kepada pelajar sekitar Rhatanakiri.
Penubuhan madrasah ini diwujudkan dengan matlamat diatas kesedaran bahawa kurangnya golongan para hafiz di bumi Kemboja terutamanya di daerah Rhatanakiri yang bersempadan dengan
negara Vietnam, di samping berperanan menyampaikan ilmu-ilmu agama dan dakwah Islamiah kepada masyarakat melalui pengajian kitab-kitab dan juga akademi.
Ia juga memberi pendidikan kepada golongan miskin yang tercicir dari menyertai skim pendidikan negara Kemboja akibat kemiskinan.
Sebanyak RM2500 diagihkan ke madrasah ini bagi menampung kos makanan dan pengajian pelajar tahun ini. Dana telah diserahkan kepada Pengarah Madrasah Ustaz Ghoni Osman pada 1 June 2026.
Gambar akan dikemaskini
Berdasarkan pengalaman kami di Cambodia, banyak masjid dan surau telah berjaya dibina hasil sumbangan orang ramai terutamanya dari Malaysia dan negara-negara Arab. Namun, sumbangan tersebut lazimnya hanya meliputi kos pembinaan semata-mata, tanpa peruntukan untuk penyelenggaraan jangka panjang.
Akibatnya, banyak masjid dan surau terbiar tidak diselenggara dengan baik, malah ada yang bergelut untuk menjelaskan bil elektrik dan membaiki kerosakan asas.
Dana ini bertujuan untuk meringankan beban tersebut dengan memberikan bantuan kepada masjid dan madrasah terpilih di Cambodia bagi tujuan penyelenggaraan berterusan.
Sebanyak RM2900 digunakan untuk tujuan ini dan telah diserahkan kepada Abdul Hakim Tolos selaku Penyelaras Projek di Cambodia pada 1 June 2026.
Jumlah sumbangan yang disalurkan keseluruhan
adalah RM 5400.
🤲 AKHIR KATA
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas segala kemudahan yang diberikan.
Kami berharap laporan ini mencerminkan amanah yang telah tuan/puan titipkan kepada kami. Setiap sumbangan telah kami salurkan dengan penuh tanggungjawab dan ketelusan.
Sokongan tuan/puan bukan sekadar bantuan kewangan, ia adalah ukhuwwah yang merentasi sempadan. Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda dan menjadikannya amal jariah yang berterusan.
Jazakumullahu Khayran Kathira.
Salam Akikah Korban 2026